Putus Haid

E-mailPrintPDF
Article Index
Putus Haid
Page 2
All Pages

PUTUS HAID/Menopause


Pada usia berapakah putus haid itu akan berlaku?

Purata wanita biasanya mencapai peringkat putus haid pada umur antara 48 hingga 52 tahun. Walau demikian ada juga wanita mencapai peringkat putus haid ini lebih cepat atau lebih lambat daripada biasa. Putus haid sebelum umur 40 tahun dianggap sebagai ‘Premature menopause’ dan ini sering disebabkan oleh penyakit pada kilang ovari menyebabkan ia tidak bermaya mengeluarkan hormon oestrogen. Kelewatan putus haid iaitu melebihi umur 55 tahun mungkin menandakan penyakit tumbuhan pada rahim seperti fibroid atau kanser.

Kenapakah putus haid ini akan berlaku pada tiap tiap wanita?
Putus haid berlaku kerana kilang ovari tidak lagi mengeluarkan hormon estrogen. Hormon ini adalah satu daripada hormon wanita yang melahirkan sifat-sifat kewanitaan, kesuburan dan juga mengawal pusingan haid wanita setiap bulan. Apabila usia meningkat ke peringkat putus haid, kilang ovari tidak lagi mengeluarkan hormon estrogen dan ekoran dari ini pusingan terhenti. Putus haid adalah salah satu daripada beberapa banyak perubahan yang akan dialami apabila kilang ovari tidak lagi berfungsi.

Apakah kesan emosi wanita yang putus haid?
Hormon estrogen boleh dianggap sebagai bahan penyeri kepada paras wanita. Ia juga penting bagi menstabilkan jiwa dan emosi wanita. Ekoran dari ketandusan hormon estrogen berbagai masalah jiwa dan emosi seperti kesedihan tanpa sebab, ketakutan kerana memikirkan kemungkinan hilangnya ciri-ciri kewanitaan dan perasaan mudah marah timbul. Mereka menjadi sangat sensitif dan mudah merajuk. Selera mereka dan tidur mereka mudah terganggu. Mereka sering rasa resah dan gelisah. Serba-serbi yang mereka dibuat menjadi serba tidak kena. Mereka juga sering mengeluh dan menangis apabila bersendirian.

Dari segi jasmaninya apa pula perubahan?
Keadaan jasmani juga akan terjejas akibat kemerosotan hormon dalam tubuh. Salah satu daripadanya ialah rasa panas badan dan mudah berpeluh atau dipanggil hot flashes. Rasa panas badan ini datangnya dari dalam badan menyebabkan ia berpeluh dengan banyak. Ia merasa tidak selesa dan masa tidur malamnya terganggu. Rasa panas badan ini datang beberapa minit dan kadang-kala berulang-ulang beberapa kali.Kadang-kala penggunaan kipas angin atau alat penghawa dingin tidak dapat mengatasi panas badan tersebut.

Apakah kesan putus haid ini terhadap hubungan kelamin?
Setelah satu atau dua tahun seseorang wanita putus haid, ia mula mengalami masalah kekeringan pada saluran faraj. Keadaan ini juga adalah berkaitan dengan kekurangan hormon estrogen. Akibat kekeringan saluran faraj ini, hubungan kelamin turut terjejas. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan dan luka pada saluran faraj yang kering, jika hubunga kelamin diteruskan. Akibatnya pendarahan akan berlaku selepas persetubuhan. Situasi begini akan menimbulkan berbagai reaksi seperti ketakutan dan kebimbangan.

Apakah kesan-kesan pada rahim, payudara dan kulit?
Saluran daripada saluran faraj menjadi kering, rahim juga mengalami perubahan yang mengakibatkan lapisan tisu mencerut dan akhirnya rahim menjadi kecil (atrophic ). Sesetengah wanita mengalami sedikit keluaran darah daripada kemaluannya beberapa tahun selepas putus haid. Keluaran darah haid selepas putus haid adalah satu tanda yang merbahaya dan perlu mendapat pemeriksaan doktor. Besar kemungkinan wanita ini mengalami kanser rahim kecuali setelah diperiksa oleh doktor pakar sakit puan dan keputusannya negatif.

Ketandusan hormon juga memberi kesan pada buah dada yang biasanya mengecut dan menjadi kecil serta kendur. Begitu juga perubahan pada kulit berlaku akibat dari kehilangan tisu-tisu elastik di bawah kulit dan kulit mula berkedut serta kendur. Setengah wanita mengalami ‘pigmentation’ atau tumbuh bintik-bintik hitam pada muka mereka. Keadaan ini menjejaskan kecantikan rupa paras mereka.

Penyakit darah tinggi, lemah-jantung dan ‘angin ahmar’ (stroke)

Sesetengah pakar berpendapat hormon wanita estrogen mempunyai kesan pelindung terhadap tubuh wanita iaitu ia melindungi seseorang wanita daripada penyakit ‘angin ahmar’, darah tinggi dan lemah jantung. Tanpa rawatan hormon ramai wanita yang telah putus haid selama lima tahun atau lebih mengidap darah tinggi dan lemah jantung atau diserang 'angin ahmar’ (stroke), berbanding dengan wanita yang belum putus haid.Wanita-wanita yang mengambil rawatan hormon estrogen terlindung dan jarang diserang oleh penyakit-penyakit tersebut.


Apakah kesan pada tulang dan sendi?
Selepas beberapa tahun putus haid, sesetengah wanita mengalami penyakit reput tulang (osteoporosis) iaitu tulangnya mudah patah khususnya jika ia jatuh atau mengalami lain-lain kemalangan. Ini juga disebabkan oleh perubahan yang berlaku di tulang-tulang akibat kemerosotan paras hormon estrogen. Tulang-tulang kian menjadi lemah akibat logam kalsium yang berkurangan menyebabkan tulang tersebut menjadi retak. Hormon estrogen memainkan peranan dalam pembinaan dan keutuhan tulang wanita dengan memudahkan penyerapan logam kalsium dari makanan yang dihadam dalam usus. Oleh itu ketiadaan hormon ini akan menimbulkan reput masalah tulang. Sesetengah wanita mengalami kesakitan dan kelenguhan pada sendi-sendi akibat dari kesan reput tulang , ‘cartilage’ yang semakin nipis, dan cecair pelincir yang berkurangan. Ini juga ada kaitan dengan ketandusan hormon estrogen.



Last Updated ( Monday, 12 February 2007 11:37 )  






Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday4572
mod_vvisit_counterYesterday4153
mod_vvisit_counterThis week12731
mod_vvisit_counterLast week29413
mod_vvisit_counterThis month30154
mod_vvisit_counterLast month120098
mod_vvisit_counterAll days10630229

Your IP: 38.107.179.230
 , 
Today: Feb 07, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com