Apakah perlu dibuat jika keluar keputihan
Perlu saya tekankan di sini bahawa wanita-wanita yang mengalami keputihan perlu menemui Doktor untuk menyiasat apa puncanya. Jmalang pun tidak berbau, kadang-kadang keputihan adalah disebabkan oleh ketumbuhan kanser pada pangkal rahim. Doktor akan memeriksa peranakkanya untuk mengesan sesuatu jenis penyakit ketumbuhan. Tidak semua masalah tentang keputihan disebabkan penyakit merbahaya. Tetapi adalah lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga.
Ujian-ujian khas
Beberapa
ujian-ujian perlu dilakukan oleh doktor
dan ini termasuk:
i) Kaji-kuman
Sedikit contoh lendir diambil dari kemaluan untuk dua jenis
ujian.
a. pemeriksaan terus dengan
mikroskop samada kuman bakteria, kulat seperti monilia, trichomona atau
lain-lain.
b. Ujian culture dan sensitivity
Kuman bakteria boleh disemai dalam media kultur. Oleh itu
doktor dapat menentukan jenis bakteria dan jenis ubat yang sesuai untuk merawat
pesakit.
ii) Ujian pap smear
Beberapa ujian akan dilakukan seperti ujian pap smear untuk mengesan kanser pangkal rahim. Ujina ini adalah khusus dilakukan ke atas wanita-wanita yang pernah hamil dan melahirkan bayi terutama mereka yang di dalam lingkungan umur tiga puluh tahun ke atas. Ujian pap smear merupakan satu ujian di mana sedikit contoh lendir dari pangkal reahim diambil dan dikaji oleh pakar sel dengan alat mikroskop. Sel-sel biasa boleh dibezakan dari sel-sel luarbiasa khususnya sel-sel kanser.
Ujian pap smear adalah penting demi untuk mengesan kanser pangkal rahim (cervix) di peringkat awal kerana hasil rawatan dalam peringkat ini adalah sangat memuaskan.
Kanser pangkal rahim berkait rapat dengan faktor umur, sosio-ekonomi, kekerapan hamil, kekerapan melahirkan, persetubuhan.
Rawatan
Rawatan bagi
penyakit jangkitan kuman adalah mudah setelah diketahui apa jenis kumannya.
Bagi kuman monilia misalnya rawatan
khusus ialah ubat anti-biotik nystatin yang biasanya dimasukkan ke dalam
kemaluan. Ia berbentuk peluru dan dipanggil sebagai pessary. Ia perlu
dimasukkan ke dalam faraj untuk setiap hari selama 7-10 hari.
Ubat ini juga boleh dimakan sebagai tablet.
Untuk kuman Trichomona rawatan khusus ialah dengan pemberian ubat anti-biotik flagyl yang boleh diberi secara tablet mahupun pessary.
Sekarang ini terdapat banyak jenis ubat pessary yang dimasukkan ke dalam faraj dan mengandungi beberapa ramuan yang boleh membunuh segala jenis kuman. Ubat jenis ini berkesan hanya untuk jenis jangkitan kumann di faraj dan pangkal rahim sahaja. Bagi penyakit gonorhea rawatan khusus baginya ialah ubat penicillin yang biasa diberi secara suntikan atau sebagai pil makan . Setengah daripada kuman-kuman bakteria khudusnya gonorrhea telah menjadi kebal atau resistant pada penicilin. Oleh itu lain-lain jenis ubat perlu digunakan.
| < Prev |
|---|
















