Suntik benih suami (IUI)

E-mailPrintPDF

Suntikan Benih Suami (Artificial Insemination)

Rawatan secara 'artificial insemination' adalah satu kaedah di mana benih suami yang telah bersihkan/ diproses disuntik ke dalam rahim melalui faraj pada waktu isteri sedang subur.  Proses ini juga digelar dengan nama ‘I.U.I.’(intra uterine insemination).

Siapakah yang perlu menjalani rawatan I.U.I. ?

1.        Benih suami kurang, lemah atau bermasalah.

2 .       Mandul tanpa sebab-sebab yang diketahui (Unexplained Infertility)

3 .       Isteri mengidap penyakit endometriosis tetapi saluran fallopian tidak tersumbat.

4 .       Suami lemah tenaga batin, tidak boleh menyetubuhi isteri.

Cara menjalani IUI

1.         Mulakan rawatan pada haid hari ke-2 atau ke-3. Perlu makan ubat subur clomid 2 biji sehari , selama 5 hari.

2 .        Mula ujian kencing pagi untuk mengesan waktu subur (penetasan telur) pada hari ke-10. Gunakan ‘Clearplan’ atau lainnya. Apabila garis ujian sama warna seperti ‘kontrol’, ujian dianggap positif dan telur dijangka menetas 24-48 jam kemudian.

3.         Satu lagi kaedah untuk mengesan ovulation atau penetasan telor ialah dengan membuat ujian 'vaginal ultrasound' scanning, mulai hari ke-11 atau ke-12.    Ujian ultrasound dilakukan untuk mengesan beberapa telor dan untuk mengukur besarnya karong telur tersebut.     Biasanya bila ia telah mencapai ukuran 20 atau 22 mm diameter, telur akan menetas keesokan harinya atau lusa. 

4.         Pada hari penetasan telur berlaku, suami perlu mengeluarkan air mani yang akan diperoses di makmal kesuburan, lendir dibuang, benih-benih yang paling aktif dan terbaik mutunya dipilih dalam 1cc cecair khas.

5.         Suntikan benih dilakukan melalui faraj dengan menggunakan satu tiub plastik ke dalam ruang rahim.

6.         Pasangan digalakkan melakukan persetubuhan tiga malam berturut-turut selepas suntikan benih.

Rawatan cara I.U.I. boleh diulang banyak kali mungkin antara 3-6 kali. Sebaiknya dilakukan selang 2-3 bulan.

Last Updated ( Tuesday, 28 November 2006 08:45 )  






Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday105
mod_vvisit_counterYesterday4585
mod_vvisit_counterThis week12849
mod_vvisit_counterLast week29413
mod_vvisit_counterThis month30272
mod_vvisit_counterLast month120098
mod_vvisit_counterAll days10630347

Your IP: 38.107.179.227
 , 
Today: Feb 08, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com