Terdapat beberapa jenis ubat subur di pasaran, tetapi pada asasnya ada dua golongan utama, iaitu ubat pil ‘clomiphene’ yang terdapat berpuluh-puluh jenama dalam pasaran. Jenis kedua ialah ubat subur ‘gonadotrophin’ yang diberi secara injection.
Ubat-ubat subur adalah digunakan bagi mengatasi masalah kegagalan untuk telur menetas (anovulation). Maknanya telur wanita tidak dapat dikeluarkan daripada kilang ovari pada waktu yang tertentu. Keadaan demikian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Diantaranya ialah masalah obesiti yang dikaitkan dengan gangguan hormon dan wanita-wanita ini biasanya akan mempunyai ovari yang bengkak oleh sebab telur-telur ini terperangkap dalam kilang ovari. Keadaan ini digelar dengan nama 'polycystic ovary'. Selain dari masalah haid yang tidak teratur dan tidak subur, wanita ini mengalami tumbuhan rambut yang berlebihan pada bahagian kaki serta badan dan ada juga yang tumbuh misai. Ini disebabkan oleh gangguan dalam perimbangan hormon dimana kandungan hormon lelaki mungkin berlebihan.
Ubat subur seperti Clomiphene dalam dos yang amat tinggi iaitu 200 - 250 mg (4 atau 5 biji sehari) perlu diberikan mulai hari kedua atau ketiga haid selama 5 hingga 10 hari. Sejurusnya pada hari ke 14 iaitu dikira pada hari pertama turun haid, kita boleh kesan telur-telur tersebut melalui vaginal ultra-sound. Wanita-wanita yang mengalami masalah 'polycystic ovaries' agak sukar untuk dirangsang telurnya hanya dengan menggunakan ubat clomid.
Ubat suntikan ‘Gonadotrophin’ Satu kaedah untuk merangsang telor yang tidak berjaya menetas, ialah dengan cara suntikan hormon Gonadotrophin. Berbagai jenama ada di pasaran, tetapi pada asasnya ubat suntikan hormon Gonadotrophin ini adalah sangat mahal harganya dan ini mungkin satu faktor penghalang bagi wanita-wanita yang tidak mampu ssedangkan mereka mempunyai masalah ketidaksuburan akibat daripada ‘PolyCystic'.
| < Prev | Next > |
|---|

















