Penawar Sakit Bersalin

E-mailPrintPDF

PENAWAR SAKIT BERSALIN

Wanita yang melahirkan anak secara natural tidak dapat melarikan diri daripada sakit bersalin. Biasanya selepas kesakitan yang lama wanita yang sudah selamat bersalin itu akan berkata, “saya serik”, atau “saya tidak mahu bersalin lagi”.

  Tegasnya, bersalin memanglah sakit. Cuma, kerana malu dan pengaruh-pengaruh adat dan budaya, menyebabkan kebanyakan wanita terutamanya wanita Melayu tidak melolong kesakitan.

Kesakitan bersalin banyak bergantung pada jangka masa labour, yang akan menentukan teruk ataupun tidaknya kesakitan itu. Jika tempoh labour itu panjang, kesakitan ini akan lebih teruk berbanding dengan tempoh labour yang pendek.

Pada keseluruhannya tempoh labour lebih panjang pada kelahiran sulung berbanding dengan kelahiran multi (lebih dari sekali). Ini berlaku kerana kedudukan bayi tidak betul dan saluran peranakan yang sempit.

  Purata, tempoh labour bagi kelahiran sulung ialah 12 jam manakala kelahiran multi ialah lapan jam.

  Tempoh labour yang melebihi 24 jam adalah dianggap sebagai luar biasa, begitu juga tempoh labour yang kurang daripada empat jam. Kesakitan labour adalah disebabkan oleh kuncupan otot rahim sementara kesakitan ketika kelahiran berpunca daripada kuncupan tersebut serta pengembangan pangkal rahim, faraj dan perineum.

  Sakit bersalin ini boleh dikurangkan melalui berbagai-bagai cara seperti melalui aspek sosial dan psikologi. Melalui kemajuan, manusia juga telah menemui penawar sakit bersalin melalui cara-cara saintifik. Prinsip cara saintifik ini adalah untuk menyekat rangsangan sakit melalui saraf sebelum mereka sampai ke otak.

  Otak adalah pusat rangsangan sakit ini ditaksirkan dan seterusnya kesakitan itu akan dirasai. Melalui mekanisme ini kesakitan boleh dikurangkan dengan menindas tugas-tugas berat pusat kesakitan di otak dengan menggunakan ubat-ubat tertentu.

  Ada beberapa cara untuk menawar sakit bersalin atau labour ini. Doktor kerap menggunakan ubat-ubat seperti Pethidine atua Morphine yang diberikan secara suntikan. Ubat-ubat ini bertindak pada otak dengan menindas pusat kesakitan. Ubat tersebut juga boleh menenangkan fikiran dan juga bertindak sebagai sedatif (ubat tidur). Cara menawar sakit ini mmepunyai beberapa kelemahan seperti rasa loya dan kadangkala muntah yang akan dialami oleh pesakit. Masalah ini boleh diatasi dengan memberikan ubat menahan muntah bersama-sama dengan ubat Pethidine.

Penawar sakit ini tidak berlaku terus-menerus sehingga kelahiran berlaku. Kesannya hanya dapat dirasai selama satu atau dua jam sahaja dan kesan penawarnya mungkin tidak penuh. Dalam hal ini pesakit memerlukan suntikan berulang-ulang kali, biasanya sekali dalam tempoh empat atau enam jam. Ubat penawar ini boleh masuk ke dalam sistem peraliran darah bayi dan kemudian bertindak pada bayi dengan menindas pernafasannya. Jika keadaan ini berlaku, bayi akan menghadapi masalah untuk memulakan pernafasan apabila dilahirkan.

  Oleh itu, ubat seperti ini perlu dijauhkan jika labour mencapai ke peringkat akhir yang bererti kelahiran bayi akan berlaku tidak lama lagi. Selain dari cara suntikan ini, sakit labour dan kelahiran boleh dikurangkan dengan menyedut gas antanox yang mengandungi 50 peratus oksigen dan 50 peratus nitrous oxide.

  Lazimnya gas penawar sakit digunakan pada peringkat terakhir labour jika kuncupan otot rahim berlaku dengan begitu kuat menyebabkan wanita tersebut meraung kesakitan. Dengan menyedut gas antanox sejurus sebelum kuncupan otot berlaku, rasa kesakitan boleh dikurangkan.

  Cara bernafas yang betul seperti yang dipelajari dalam latihan-latihan kelas antenatal boleh mengurangkan rasa kesakitan ini. Sedutan gas penawar boleh juga diteruskan sehingga dan ketika kelahiran berlaku kerana kesakitan pada saat kelahiran adalah yang paling kuat sekali.

  Ketika kelahiran berlaku, kesakitan adalah disebabkan oleh kuncupan otot rahim yang amat kuat serta pengembangan pangkal rahim, saluran faraj dan perineum untuk membolehkan kepala dan anggota lain bayi keluar.

  Selain daripada menawarkan sakit seperti yang saya sebutkan tadi, satu cara bius setempat boleh dilakukan. Ubat bius ini disuntikkan pada kawasan perineum dan ianya adalah amat penting jika guntingan episiotomi dilakukan ketika kepala bayi dilahirkan. Dengan bius setempat ini, kesakitan oleh sebab jahitan untuk membaiki luka episiotomi boleh dilakukan.

  Jika kelahiran itu tidak normal seperti perlu digunakan alat forsep, alat menyedut (vakum) atau kelahiran songsang sejenis bius setempat khas digunakan. Bius pudendal disuntik menggunakan jarum khas yang panjang pada satu tempat khusus dalam saluran peranakan. Walaupun berbagai-bagai jenis penawaran sakit labour yang kerap digunakan, namun tidak ada satu pun yang boleh menghilangkan rasa kesakitan terus-menerus sepanjang labour dan ketika kelahiran.

  Cara yang akan saya bincangkan ini mungkin merupakan yang terbaik iaitu bius epidural. Ini adalah sejenis bius setempat dan oleh kerana ia boleh disuntikkan terus-menerus sepanjang tempoh labour dan ketika kelahiran, bius epidural ini biasanya menghasilkan apa yang kita gelar ‘kelahiran tanpa sakit’. Bius epidural mempunyai banyak kelebihan jika ia diberikan kepada pesakit tertentu khususnya mereka yang mengalami labour yang berpanjangan, bayi songsang, kelahiran kembar atau penghidap darah tinggi. Bius ini perlu diberikan oleh doktor pakar yang terlatih khususnya doktor pakar bius yang khusus mengendalikan pesakit obstetric.

  Perkhidmatan bius epidural hanya boleh dijalankan di hospital yang mempunyai kelengkapan dan kemudahan serta jururawat terlatih yang mencukupi. Masa kini, belum lagi ada hospital bersalin di Malaysia yang memberikan khidmat bius epidural kepada ibu dalam sakit labour, walaupun beberapa percubaan telah dilakukan di Hospital Universiti dan Hgospital Bersalin Kuala Lumpur.

  Epidural catheter dimasukkan ke dalam ruang epidural, ubat bius kemudian disuntikkan melalui epidural catheter tersebut. Kesan bius perlu dimasukkan ke dalam saluran epidural tiap-tiap dua jam sekali untuk mendapatkan kesan terus-menerus.

Walaupun bisu epidural sangat berkesan dan boleh digunakan sepanjang tempoh labour dan ketika kelahiran, namun beberapa masalah mungkin boleh timbul seperti penurunan tekanan darah. Masalah ini hanya boleh dijauhi dengan adanya tenaga kepakaran, jururawat terlatih dan juga kelengkapan yang cukup. Bius epidural juga boleh digunakan jika kelahiran itu rumit seperti memerlukan alat forsep atau vakum, ataupun pembedahan sesarean. Bius epidural ini mencukupi dan berkesan sekali tanpa memerlukan bius  jenis lain.

     Terdapat segolongan wanita yang mengecam amalan bius atau penawaran sakit ketika labour atau kelahiran. Mereka menganggap perbuatan ini tidak natural dan menghapuskan  satu pengalaman unik yang patut ditempuhi oleh semua bakal ibu. Di sebalik kesakitan bersalin ini kata mereka, terdapat hakikat yang bermakna. Kesakitan itu sentiasa memperingati ibu-ibu betapa pahit maungnya melahirkan seorang anak ke dunia. Dengan kesederan ini serta kesusahan ibu membesar dan mengasuh anak-anak sejak dari kecil, terjalinlah kasih sayang yang berterusan.

Last Updated ( Monday, 12 February 2007 09:00 )  






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday228
mod_vvisit_counterYesterday5079
mod_vvisit_counterThis week9967
mod_vvisit_counterLast week37552
mod_vvisit_counterThis month116287
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11149456

Your IP: 38.107.179.229
 , 
Today: May 22, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com